Tuesday, March 9, 2010

INFO : IKLAN - CPM DAN S CURVE



Salam bahagia,

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat membina Carta Laluan Kritikal ( CPM ) dan S Curve boleh melawati blog : emktech37@blogspot.com.





Pantas serta jimat dan anda akan memperolehi CPM dan S Curve dalam tempoh tujuh hari.

Lawatilah blog kami dan kami sedia menanti anda.

Friday, February 26, 2010

Mari Bersama Perjuangan, Cara Hidup dan Pegangan Rasulullah

Sepanjang hari ini bermula pagi tadi mungkin sampai malam ini kedengaran di corong radio, di dada akhbar, di tatapan TV, di muka facebook dan mana-mana rata-rata menyatakan akan sambutan keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Semua peminat media-media ini menyarankan agar seluruh umat Islam sentiasa berselawat keatas Junjungan dan mengikuti sunnahNya dan berbagai lagi. Persoalannya adakah sekadar itu?
Mimbar Jumaat hari ini pun mengambil tajuk yang sama. Diantara isinya ialah Nabi Muhamad menolak jawatan Raja ( pemerintah )kerana ingin berdakwah kepada Islam. Tidakkah kita lupa selepas itu Nabi Muhamad adalah seorang pemerintah Negara Islam pertama di Madinah. Persoalannya kenapa jawatan yang ditawarkan dahulu Rasulullah tolak? Dimana bezanya jawatan yang ditawarkan dahulu dengan pemerintah Negara Islam Madinah?
Di dalam cerita yang sama Nabi Muhamad menolak tawaran berkahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi selepas daripada itu Rasullulah berkahwin dengan Siti Khadijah. Dimana bezanya diantara kahwin dengan wanita yang ditawarkan dengan Siti Khadijah?
Persoalan-persoalan ini ditimbulkan sebenarnya sebagai seorang Islam kita adalah umat yang kuat, berprinsip, tidak lembik serta berpandangan jauh. Kita tidak mudah diperkotak-katikkan. Kita diamanahkan untuk mentadbir bumi ini.


Wednesday, February 17, 2010

Penubuhan ALUMNI SK BANDAR PUSAT JENGKA berjaya


Pada 15hb Februari 2010 rasmilah Alumni SK Bandar Pusat Jengka ditubuhkan. Seramai 67 orang ahli telah mendaftar sebagai ahli. Turut sama di Majlis tersebut ialah Guru Besar SK Bandar Pusat.

Majlis bermula jam 9.30pagi dan berakhir jam 1.00petang. Berikut adalah AJK Alumni SK Bandar Pusat Jengka sesi 2010/2012

Pengerusi : Musaniff bin Ab.Rahman
Tim. Pengerusi : Shabedawati bt Daud

Ahli Jawatankuasa

: Nor Azlan bin Abd Rashid
: Muhammad Adib Hafizi bin Muzahid
: Muzakkir Nizar Hanafi bin Abdullah
: Khaidir Azly bin Daharuddin
: Sabarina bt Mohamad
: Salasiah bt Ahmad
: Laila Hanim bt Nawawi
: Asramawati bt Mohd Tahir

Di dalam mesyuarat tersebut terdapat dua cadangan untuk dilaksanakan iaitu mengadakan majlis perjumpaan perdana pada 13hb September 2010. Majlis ini melibatkan pertemuan diantara bekas-bekas pelajar SKBPJ, bekas-bekas guru SKBPJ dan warga SKBPJ yang ada sekarang.

Cadangan kedua ialah mengadakan hari keluarga Alumni SKBPJ.

Walaupun tidak ramai dihadiri oleh kalangan bekas pelajar tahun 70an namun suasana meriah dan mengimbau kenangan lalu tetap dirasakan oleh ahli.

Pengerusi berharap agar semua bekas pelajar dan guru SKBPJ serta warga SKBPJ sekarang akan turut serta di Majlis Perjumpaan Perdana pada 13hb September 2010.

Friday, February 12, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Semua warga Mediaguai mengucapkan selamat tahun baru kepada semua kaum tionghua di mana-mana sekalipun terutama di Pahang dan khususnya di Bera.

Wednesday, February 3, 2010

Ini wang Kerajaan bukan wang PAS….

Ungkapan di atas adalah ungkapan sombong seorang kakitangan di Yayasan Pahang. Ini berlaku apabila seorang pelajar yang telah melengkapkan borang permohonan Wang Geran Yayasan Pahang sejumlah RM 500.00

Pelajar tersebut adalah di antara beberapa orang pelajar yang baru mendaftar sebagai siswa di sebuah IPT di Kuantan. Oleh kerana beliau tinggal di tempat penginapan di Kuantan dan keluarganya berada di Jengka, maka ia memerlukan masa untuk menyiapkan mengisi borang permohonan Wang Geran YP tersebut.

Diantara syarat mendapatkan Wang Geran tersebut ialah pemohon atau Ayah atau Ibunya mesti salah seorang adalah anak Negeri Pahang. Kalau itulah yang diperlukan maka sebenarnya pelajar tersebut, Ayah dan Ibunya adalah anak Pahang sejati. Beberapa dokumen perlu disertakan. Pelajar tersebut mengambil masa selama melebehi dua minggu untuk menyelesaikan mengisi borang permohonan tersebut.

Perkara yang terakhir sekali ialah mendapatkan sokongan penghulu atau Wakil Rakyat atau Ahli Lembaga YP. Pada hari jumaat lepas ayah kepada pelajar tersebut telah membawanya berehat sambil makan di Balok. Apabila azan berkumandang merekapun solat di Masjid Balok. Selepas solat diperkarangan masjid mereka terserempak dengan YB Tuan Syed Mohamad Tuan Lonnik ( Beserah ) dan terus meminta tandatangan YB. Tanpa banyak soal YB Beserah pergi ke keretanya mengambil cop dan terus menyokong permohonan tersebut.

Pada hari rabu tanggal 3 Feb 2010, pelajar tersebut telah memohon izin keluar kelas kerana ayahnya dari Jengka telah sampai untuk menghantar permohonan Wang Geran tersebut. Sesampainya mereka di Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur jam menunjukkan pukul 1.40ptg. Mereka menunggu beberapa minit kerana pejabat buka pukul 2.00ptg.

Tepat jam 2.00ptg pelajar tersebut terus ke pejabat. Dipendekkan cerita sesampainya pelajar tersebut dan berdepan dengan kakitangan yang bernama Encik A. Encik A telah menyatakan permohonan tersebut tidak boleh diluluskan dan terus mengeluarkan kata-kata…”.Ini wang Kerajaan bukan wang PAS “….sambil menulis sesuatu pada borang berkenaan. Pelajar tersebut dalam keadaan yang terpinga-pinga terus beredar dari situ dengan seribu persoalan dan tanda tanya.

Mungkin inilah yang dikatakan rakyat didahulukan prestasi diutamakan. Adalah lebih elok di dalam borang permohonan tersebut di letakkan syarat untuk menjadi penyokong adalah Wakil Rakyat BN sahaja. Juga mungkin boleh ditulis Wang Geran BN bukan YP.

Sebenarnya peristiwa semacam ini sebelum ini cuma dengar cerita-cerita sahaja, mungkin ya mungkin tidak. Tetapi kejadian diatas memang benarlah UMNO/BN lah yang menjadi punca kepada pecah belah masyarakat. Sejak di zaman persekolahan lagi pelajar dan guru diheret sama agar ‘ membenci tandatangan Wakil Rakyat PR ‘ kerana ia tidak laku. Eloklah cepat-cepat Negeri Pahang ini diubah tampuk pemerintahannya kepada PR yang jauh lebih adil dan mesra serta berkebajikan.

Saturday, January 30, 2010

Cara baru membuang sampah

Pemandangan ini diambil di pasar borong Bandar Jengka.

Ada orang kata beg plastik tu dijemur sementara. Tetapi dah lama berada di atas atap tu.

Inilah gambaran sikap ambil mudah beberapa orang pengusaha pasar borong Bandar Jengka.

Tuesday, January 19, 2010

Bagi peluang Bumiputera majukan Bandar Jengka

Bandar Jengka adalah suatu bandar hasil peninggalan usaha Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ). Setelah lebih 9 tahun LKWJ dibubarkan dan suasana Bandar Jengka juga turut berubah. Walau prestasi perkembangan memajukannya agak perlahan. Dan mungkin ada yang mengelar Bandar Jengka sebagai ‘bandar kunta kintae’.

Namun rata-rata penduduk Bandar Jengka ingin melihat bandar ini terus dibangunkan oleh Bumiputera. Selama ini Bumiputera sendiri tidak yakin malah menuding jari kepada sesama mereka dalam isu membangunkan sebuah Bandar.

Apa yang masyarakat Jengka harapkan ialah bantuan serta kerjasama daripada agensi kerajaan juga swasta memajukan Bandar Jengka. Ini bermakna sesiapa jua yang mengambil bahagian dalam membangunkan bandar ini maka utamakanlah atau berilah peluang Bumiputera disetiap bahagian yang ada.

Bangsa lain sepatutnya tidak cemburu, kerana mereka memang mampu melaksanakannya. Dan ini memang terbukti di beberapa Bandar seluruh Negara.

Jika ada pihak memainkan isu kaum cina tidak boleh menjalankan perniagaan di Bandar Jengka, sebenarnya mereka ini bermain wayang. Ini adalah kerana merekalah yang sebenarnya menciptakan isu ini dan konon-kononnya merekalah bersama rakyat agar rakyat menganggap mereka adalah juara rakyat.

Oleh itu pembangunan serta pengisian pembangunan Bandar Jengka biarlah dikembali kepada asalnya seperti yang dirancang oleh LKWJ dan jika ada pihak yang cuba menjadikannya pentas tarian juara rakyat dan membuat suatu percaturan tertentu serta menggunakan 'peluang' tertentu maka mari kita sama-sama berdoa agar perancangan mereka menemui kegagalan.