Monday, April 13, 2009

Andaikata rakyat faham

Maksud,
1. Demokrasi,
Maka tiadalah pegawai kerajaan akan memihak kepada sesuatu golongan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan.
2. Parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,
Maka tiadalah rakyat boleh ugut atau paksa mana-mana rakyat lain untuk menyertai atau menganggotai mana-mana parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan PP.
3. Negeri-Negeri bernaung dibawah Kerajaan Persekutuan,
Maka tiadalah negeri-negeri di Malaysia dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan berperaturan.
4. Semua rakyat mesti mendapat pendidikan,
Maka tiadalah isu pelajar tidak boleh meneruskan pelajaran kerana bimbing akan bebanan hutang kemudian hari.
5. Semua rakyat adalah mempunyai sama hak,
Maka tiadalah berlaku diskriminasi di dalam mendapatkan kontrak kerja atau pekerjaan.
6. Kebenaran dan Keadilan
Maka tidak ada seorangpun rakyat akan di persia dan dinafikan.

Wednesday, April 8, 2009

Latar Belakang Dan Khasiat Air Gau

Latar Belakang

Air minuman yang mempunyi bahan galian/mineral ini telah ditemui lebih kurang 20 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman, disuatu sumber air di Temerloh, Pahang.
Air ini telah diuji oleh MARDI utk mengetahui khasiat dan zatnya,keracunan dan bahayanya.Hasil uji menunjukkan air ini mengandungi ketumpatan serta kandungan bahan galian yang menyerupai air Zam-Zam.
Air ini juga telah didoakan oleh beberapa tuan guru seperti Prof. Dato’DR Harun Din, Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah dan Tuan Guru Hj.Mohd Baqi Othman sendiri.

Feadah dan Khasiat

Air ini mempunyai khasiat dari segi Rohani dan Jasmani dan sesuai diminum oleh setiap lapisan umur
Dari segi Jasmani, dengan izin Allah swt, dan dari pengalaman mereka yang telah meminumnya air ini dapat menjadi penawar

1. membantu dan meningkatkan
* Penyerapan nutrien dan mineral oleh badan
* Stamina Badan
* Kecekapan mengangkut Oksigen
2. Membina dan Menguatkan
* Gigi dan Tulang
* Hemoglobin dalam sel darah Merah
1. Membersih
* Melancarkan sistem/organ penghadaman
* Melancarkan Sistem / Organ kumbahan
* Membersih kandungan darah dalam badan
Dari segi Rohani pulak dengan usaha dan ikhtiar melalui Doa Tuan Guru, air ini Insya-Allah dapat:
* Melegakan Penyakit Darah Gemuruh
* Menjadi penerang Hati
* Melegakan Perasaan Takut
* Dll
Harga dan Pasaran
Air ini sudah lama di pasaran dan sudah pun dipasarkan ke Singapore tetapi masih ramai rakyat Malaysia tidak mengenalinya
Terdapat dalam saiz
i. 500ml =
ii. 1500ML =
iii. 18.9LITER (5GELEN)
Khasiat Air Gau

Meneutrakan kadar asid dalam badan,sebagai sumber merawat penyakit
*Ph beralkali sebagai penjana tenaga
* Mengurangkan tekanan darah tinggi
* Mengurangkan kadar gula dalam darah
* Menambah hemoglobin sel darah merah
* Meningkatkan kecergasan badan
* Mencergaskan minda
* Memulihkan tenaga
~ airgau.wordpress.com

Monday, April 6, 2009

Tujuh Empat Kosong Sembilan ,angka keramat

Sekarang baru pukul 10.10 malam, penduduk di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Batang Ai tidak sabar menunggu menjelangnya esok pagi. Kerana esok pagi mereka akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar. Sebagai pemilih berdaftar sudah barang tentu mereka akan merasa terhina sekiranya pemimpin mereka dicampuri urusan memilih oleh orang lain. Oleh itu setiap pemilih yang berdaftar pastikan jika terdapat sahaja orang yang tidak dikenali atau diragui maka ambil tindakan sepatutnya. Laporkan kepada pihak berwajib, kita tidak boleh biarkan mereka yang tidak sepatutnya turut sama menyebok,tumpang semangkuk dalam urusan pengundian kali ini dan seterusnya.

Kami baru balik dari melihat suasana kempen di Bkt Gantang. Beberapa perkara yang kami dapat dan dinukilkan untuk tatapan kita bersama.

Pertama, poster calon PR Mohamad Nizar Jamaluddin jauh lebih berseri dan mesra berbanding calon BN Ismail Sapian.

Kedua, terdapat poster calon PR di kaunter bayaran kedai orang cina di Pekan Sepetang tetapi tidak bagi calon BN.

Ketiga, terdapat orang India yang sanggup berkempen dan memastikan pengundi India di kampongnya mengundi bulan dengan secara sukarela. Orang India ini sempat kami temui di Kg Air Putih, sambil bersembang beliau sempat mencongak gerakkan yang bakal dia buat pada hari mengundi. Beliau berkata pukul empat pagi kena bangun untuk memastikan urusan menggangkut pengundi pada esok dapat berjalan dengan baik.

Keempat, terdapat sebuah kampong yang telah 51 tahun tidak pernah melihat poster atau lambang bulan di kampongnya. Tetapi pada tiga hari lepas calon PR Mohamad Nizar telah mengadakan majlis dialog di kampong tersebut, Bukan sahaja kampong tersebut pertama kalinya dikibarkan bendera dan poster bulan malah hampir 20 orang telah menyerah borang keahlian menyertai PAS kepada Mohamad Nizar.

Kalaulah Pilihanraya Kecil P 059 Bukit Gantang adalah medan pungutan suara rakyat menolak perlantikkan DS Najib sebagai PM dan suara rakyat juga mahukan penentuan Parti Memerintah serta perlantikkan MBnya hendaklah dikembalikan kepada rakyat maka CONPAW meramalkan calon PR Mohamad Nizar Jamaluddin akan memenangi PRK P 059 Bukit Gantang dengan majoriti 7409. Iaitu sempena 7 April 2009. Tak percaya?

Wednesday, April 1, 2009

Kenapa PM Abdullah mudah mengalah?


1. Setiap insan dilahirkan dengan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Maka perjalanan masalah yang memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki kelemahan.
2. Suatu ketika dahulu di muka pintu perlantikkan DS Abdullah sebagai PM, beliau di agungkan sebagai keturunan ulama. Nah,disitulah kekuatannya.
3. Pemimpin PR sentiasa mengutarakan PM Abdullah lemah. Itu biasalah dalam politik. Takkan dengan begitu ramai pembantu-pembantu khas tidak boleh menepis isu ini.
4. Kemudian timbul pula suara dari dalam parti UMNO sendiri mengiyakan apa yang ditimbulkan oleh pemimpin PR itu benar. Takkan tidak ada seorangpun diantara pembantu-pembantu dan penasihat-penasihat yang boleh memperbaiki sekiranya perkara itu betul. Sebab sesuatu itu boleh dipelajari dan diperbaiki, apa yang penting adalah kemahuan dan pengetahuan.
5. Esok PM Abdullah akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bagi menyembah menjunjung kasih limpah Tuanku memperkenankan perletakkan jawatan beliau sebagai PM Malaysia yang kelima. Tuanku mungkin tanya kenapa memanda PM mempunyai masalah kesihatan ke? Atau ada masalah apa sehingga sanggup melepaskan jawatan? Mungkin juga PM Abdullah akan jawab, ampun Tuanku hamba telah kalah dan mengalah… boleh ke Tuanku terima jawapan ini.
6. PM Abdullah akan menyambung sembah, ampun Tuanku patik pohon perkenan untuk melantik DS Najib sebagai PM Malaysia keenam.Mungkin Tuanku tanya PM Abdullah, rakyat dan Ahli Parlimen lain ramai ke yang setuju?..Macamana gamaknya PM Abdullah nak jawab?

Friday, March 27, 2009

Nasib Air Gau

Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Kompleks Sukan Bandar Jengka. Upacara perasmian dilakukan oleh Pegawai Pendidikan peringkat negeri Pahang pada 25.3.2009

Sebelum upacara perasmian dilakukan Pegawai berkenaan dan tetamu VIP dipersilakan merehatkan diri. Sambil berehat pihak urusetia menyediakan sedikit minuman sebagai pembasah tekak. Demi melihat sahaja botol air minuman jenama Gau dihidangkan Pegawai itu terus memarahi pihak urusetia. Pengetua kepada sekolah yang menjadi urusetia persiapan juga telah memarahi guru yang terlibat.

Diantara kata-kata Pegawai itu kepada guru berkenaan ialah “ Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?“ dengan nada yang marah. Oleh kerana perasaan marah telah menyelebungi perasaan Pegawai itu maka upacara perasmian telah tiada acara berdoa seperti mana sentiasa dilakukan sebelum ini.

Suasana di Kompleks berkenaan telah menjadi sunyi seketika selepas perasmian disempurnakan. Kesunyian digamatkan dengan ribut dan hujan lebat serta kilat sambar menyambar. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri.
Kami telah dimaklumkan bahawa Air Gau tidak ada kaitan dengan PAS . Malah ia telah diterima sebagai air minuman terbaik dan berada di kebanyakkan kedai-kedai runcit, pasaraya dan juga kedai stesen petronas. Mungkin hanya kerana stikernya berwarna hijau maka Pegawai berkenaan terus melatah. Cerita ini menunjukkan bahawa pegawai pelajaran berkenaan sangat takut kepada warna hijau dan mungkin perlantikkan sebagai pegawai itupun kerana pandai bermain dan menjaga warna biru.

Thursday, March 26, 2009

Apakata kalau?


1. PM Abdullah tidak melepaskan jawatannya sebagai PM dalam masa terdekat ini. Mungkin beliau tunggu sehingga menjelang PRU 13.
2. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong tidak memperkenankan perlantikkan DS Mohd Najib sebagai PM ke 6? Agaknya akan berlaku peristiwa kain pemidang bertulis “ Kami Nak Najib, natang”
3. Ketiga-tiga PRK 7 April ini BN kecundang? Itu menandakan rakyat telah membuat keputusan yang betul.
4. DS Abdullah, DW Mohd Ali Rustam,Mukhriz serta penyokong, Rafidah serta penyokong, Orang-orang tert entu serta penyokong menyertai Pakatan Rakyat? Itulah penanda aras UMNO dihuni spesis terakhir.
5. Akan ada PRK seluruh negeri Perak? Akan tamat riawayat UMNO di Perak.
6. DS Adnan bersetuju dan melakukan sumpah di masjid menyambut cabaran D Tajuddin? Maka ramailah Wakil Rakyat UMNO/BN akan ikut serta melakukan upacara bersumpah-sumpah dan menyumpah.
7. Satu,dua atau tiga lagi PRK ( Parlimen – BN ) akan diadakan dan masih dimenangi PR? Tuan-tuan,puan-puan jawablah sendiri.

Sunday, March 22, 2009

Lanjutan tempoh kenaikan tol, bayaran rebat tunai kenderaan ada kaitan PRK 7 April?


1.Kabinet telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menaikkan kadar tol pada awal bulan ini. Kenaikkan itupun dikatakan telah terlewat daripada jadual asal. Kerajaan terpaksa menanggung dan bersetuju membayar kos kelewatan kenaikan tersebut.
2.Selepas kabinet bersetuju PM Abdullah telah mengarahkan agar kadar kenaikkan tol perlu dikaji semula. Selang beberapa hari TPM Najib telah mengumumkan bahawa kadar kenaikkan tol di tangguhkan.
3. Berikutan penangguhan itu maka kerajaan akan membayar berlipat kali ganda atas dasar kos kelewatan. Berbaloikah membelanjakan jutaan ringgit hanya nak menang ketiga-tiga tempat berlaku pilihanraya kecil? Kenapa UMNO/BN suka sangat menggunakan kekuasaan dan wang Negara demi kepentingan kesinambungan hayat politik mereka? Tak malukah mereka? Kemana pergi percaya kepada persoalan hari akhirat?
4. Tambah lagi satu isu berkaitan tempoh penebusan rebat tunai kenderaan yang sepatutnya berakhir 31 Mac 2009 dilanjutkan sehingga 14 April 2009. Apa keabsahannya? Tiadapun kedengaran suara rakyat ataupun mana-mana pihak minta rebat tunai ini dilanjutkan. Malah tiadapun demonstrasi jalanan menuntut rebat tunai dilanjutkan.
5. Apa yang rakyat minta adalah untuk kesejahteraan dan keadilan untuk semua ,contohnya ialah pemansuhan PPSMI, pemansuhan ISA, membenteras rasuah dan lain-lain lagi. Jangan ingat rakyat berdemonstrasi sebagai perkara yang suka-suka, atau ada orang lain mempergunakan orang lain dan macam-macam lagi.
6. Ayuh marilah kita melihat dan mempraktikkan kesejahteraan termasuk berusaha untuk menegakkan agama ISLAM, membantu kearah pencapaian matlamat Negara seperti meminimakan kemiskinan,menyediakan pekerjaan,menstabilkan harga barang keperluan,keselamatan dan lain-lain. Manakala keadilan bermakna meletakkan sesuatu perkara, tempat,ketua Negara kepada yang layak serta betul.
7. Jangan takut ,tanamkan sikap berani Tolak yang tidak layak dan pilih yang layak. Kerana kita akan ditanya kenapa kerosakan demi kerosakan banyak sangat berlaku sekarang ini adakah kerana kita yang terlibat sama memilih yang tidak layak atau tidak berusaha memperbanyakkan sokongan memilih yang layak? Sama-samalah kita renung.