Sunday, July 12, 2009

Mg Info : MTD Guai kehilangan tokoh muslimat

Nama Ustazah Wan Fadilah binti Wan Mahmod tidak asing kepada PAS kawasan Bera dan Temerloh, khususnya kepada MTD Guai. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Bera. Allahyarham suami beliau bernama Abu Zidin bin Haji Awang.

Allahyarhamah Ustazah Wan Fadilah telah mengembuskan nafas terakhir ketika berumur 64 tahun pada 9 Julai 2009 ( Jam 5.30pg )di Klang, Selangor dan dikebumikan pada hari itu juga( Khamis ) di tanah perkuburan Islam Kg Bukit Keledang, Bera. Jenazahnya disembahyangkan di surau pondok Kg Bukit Keledang selepas solat asar oleh saudara mara, rakan seperjuangan, dan ramai lagi. Turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarhamah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man .

Setiba kami di tanah perkuburan tersebut kelihatan saudara mara, rakan seperjuangan, kenalan turut sedih diatas permergian beliau. Talkin dan doa selamat telah diketuai oleh Tuan Guru Haji Mohamad ( Tok Guru Pondok Kg Bukit Keledang ) dan YDP PAS Bera Ust Sulaiman Mohamad. Turut hadir Sdr Musaniff bin Abd Rahman ( bekas calon PAS PRU 12 DUN Guai ).

Allahyarhamah mula bergiat aktif pada tahun 1969 berkempen membantu calon PAS bagi DUN Triang ( masa itu, sekarang DUN Guai ) Allahyarham Haji Mohamad bin Haji Awang.

Selaku Pengarah MTD Guai Sdr Musaniff bin Abd Rahman mengucapkan takziah kepada anak-anak dan saudara mara diatas perginya menemui ALLAH insan yang mereka sayangi iaitu Ustazah Wan Fadilah. Moga-moga rohnya ditempatkan dikalangan para perjuang Islam dan orang yang soleh. Amin
~ mtdguai@blogspot

6 comments:

al-mankaraqi said...

al-fatihah...

almankaraqi.blogspot.com

mel said...
This comment has been removed by the author.
mel said...

Al-fatihah.. terima kasih kerana menyiarkan berita ini.. sedikit pembetulan, mak meninggal pada pukul 5.30pg 9hb Julai 2009, umur 64thn di Klang, Selangor.

Terima kasih semua di atas segala-galanya...


~anak2 arwah..

Unknown said...

Salam..
Terima kasih kpd penulis & MTD Guai yang mengambil inisiatif untuk menulis tentang pemergian arwah ibu saya dlm blog ini. Terima kasih juga kpd semua yg hadir dan membantu segala urusan pengebumian & tahlil terutama tok guru hj mat, aki nik (ustaz sulaiman), qariah surau tmn jati, qariah surau sungai kapar indah dan tidak lupa Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yg sudi hadir di tanah perkuburan. Terima kasih juga kpd sahabat saya sdr Ali kerana memaklumkan tentang penulisan blog ini. Semoga Allah membalas jasa baik saudara sekalian. Wallahu'alam.

Faizal R said...

Al-Fatihah..

Anonymous said...

"Ya Allah rahmatilah dia, ampunkan segala dosanya, cucuri rahmat ke atas rohnya dan terimalah segala amal baiknya....ameen."